How To Book/Buy Items From Juaimurah

Please sms your name, item name and item price for fast booking.
Calls for queries will be answered when i am available.
Please take note that if you sms to query on items, it does not mean that you have booked the item.
Please be definite before booking placed.
Payment to be made within the same day and please notify me shall you need any longer time to get an understanding among us.
I am so grateful that we have alot of happy parents shopping for their adorable darlings from Juaimurah... please come again everyday :-)

cabaikering aka rose

Thursday, August 11, 2011

Mummy What Is Zakat Fitrah ....?



LETS REFERSH OUR MEMORIES/KNOWLEDGE

WE CAN USE THIS TO EXPLAIN TO OUR KIDS TOO
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT...
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
i) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
ii) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
iii) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
iv) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:“Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah S.A.W sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Hadith Riwayat Muslim



KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5
i) WAKTU WAJIBApabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
ii) WAKTU YANG PALING AFDHAL Sebelum sembahyang Hari Raya
iii) WAKTU SUNATSepanjang bulan Ramadhan
iv) WAKTU MAKRUHSelepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
v) WAKTU HARAMSelepas terbenam matahari satu Syawal

source - unknown.. semoga Allah membalas budi insan yg sudi berkongsi
cabaikering