PESANAN SAYA.. KALAU KENA LANGGAR TEMPAT SUNYI PLEASE TERUSKAN MEMANDU.. TAK APA LAH RUGI BEBERAPA RATUS.. DARI RUGI NYAWA...
KUALA LUMPUR — Seorang wanita nyaris kehilangan bayi lelaki yang berumur 14 bulan dalam satu kejadian rompak dan culik di JalanKuching, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, mangsa, Tan Lin Chiang, 26, bersama bayinya, Ong Chen Hau, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Selayang keTaman Wahyu dengan memandu kereta jenis Honda Accord.
Tan berkata semasa dalam perjalanan, tiba-tiba keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta berwarna merah yang dinaiki empat orang lelaki.
“Saya memberhentikan kereta di tepi jalan, tetapi saya meragui dan berasa takut kemudian masuk semula ke dalam kereta.
“Kemudian datang tiga orang lelaki menarik saya keluar dan mengambil kereta saya bersama anak saya yang berada di dalam kereta,” katanya kepada pemberitasemasa ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, di sini, malam ini.
Tan berkata beliau kemudian berlari untuk mengejar keretanya tetapi gagal namun kejadian tersebut disedari seorang pemandu teksi yang kebetulan melaluikawasan itu lalu membantunya.
“Pemandu teksi itu menelefon suami saya dan memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa saya dan anak saya. Kemudian dia menghantar saya kepada suami sayadi Jinjang,” katanya.
Tan berkata kira-kira 45 minit kemudian, beliau berjaya menghubungi telefon bimbit miliknya yang dilarikan suspek dan ia membawa kepada penemuan anaknyadi sebuah restoran di Jinjang.
“Telefon bimbit saya dijawab oleh orang awam dan memaklumkan mereka menemui seorang bayi lelaki di kaki lima di hadapan sebuah restoran di Jinjang.
“Saya dan suami bergegas ke restoran tersebut dan mengambil anak kami yang masih berada di dalam kerusi bayi. Suspek meninggalkan anak kami bersama telefonbimbit saya dan beg tangan di hadapan restoran itu,” katanya.
Menurutnya lagi, walaupun keretanya hilang namun beliau bersyukur anak sulungnya itu selamat. — BERNAMA credit to mynewshub